Rabu, 02 Januari 2008

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

1. Gunakan seluruh pancaindera Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


3. Senang bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 4. Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 5. Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 7. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 8. Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 9. Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 10. Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. Mimpi Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita? “ Manusia merancang, Allah menentukan.”sumber : http://ayatcinta.wordpress.com/

Buat Yang Single

Kepada yg masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima. Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh. Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya. Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA… Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami. Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu. Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya. Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan. Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. .

sumber : http://ayatcinta.wordpress.com/

Romantika Pasangan

Romantisme ialah satu cara mengungkapkan perasaan cinta anda, tanpa perlu mengungkapkannya pada hari2 tertentu sahaja. Anda boleh melakukannya pada setiap hari sekiranya anda menpunyai kesempatan. Tips ini nampak mudah bagi anda, tetapi sejauh manakan anda mengetahui bahawa hubungan cinta harus dibina setiap hari? 1 ) Katakan “Aku Teramat Mencintaimu´kerana pasanagan anda memerlukan kata2 ini daripada anda. 2 ) Jangan timbulkan masalah2 kecil, termasuk yang bersangkut paut dengan kebiasaan buruk pasangan anda.Belajarlah menerima si dia seadanya. 3 ) Berfikirlah secara positif daripada memilikirkan sebahagian sikapnya yang mengecewakan anda, ingatlah segala kebaikan yang telah dilakukannya untuk anda. 4 ) Tenangkan diri anda ketika sedang marah. Jangan berbicara dengannaya sejenak hingga anda berdua ada masa untuk merenung kembali akan hal sebenarnya. 5 ) Jangan seseklai menggunakan kelemahan atau rahsia pasanagn anda untuk menyerangnya. Apalagi sengaja memperbesar- besarkan lagi di depan orang lain, baik keluarga ataupun sahabat handai. Biarpun pada anda ianya ialah perkara kecil dan tidak ada apa2 maksud, tetapi mungkin ianya ialah serius bagi pasangan anda. 6 ) Berikan keutamaan untuk pasangan anda. Katakan ” YA” sesering yang boleh, misalnya pergi menonton pertandingan olahraga berdua dengannya. Jika anda boleh menerima, pasangan anda juga akan membalas segala perhatian anda terhadapnya dan hidup akan terasa lebih mudah. 7 ) HARGAI pasangan anda. Jangan memburuk-burukkan pasangan anda kepada orang lain. Tunjukkan rasa cinta dan sayang anda ketika anda membicarakan tentangnya. 8 ) Ciptalah waktu untuk anda berdua sahaja dengannya. Lakukanlah hal yang anda senangi berdua, misalnya pergi makan tengahari atau minum berdua. jika pasangan anda berada jauh daripada anda, cukuplah sekadar menelefonnya hanya untuk mendengar suaranya. Apa yang lebih penting ialah perasaan anda terhadapnya.
sumber : http://ayatcinta.wordpress.com/

Romantisme ialah satu cara mengungkapkan perasaan

Romantisme ialah satu cara mengungkapkan perasaan cinta anda, tanpa perlu mengungkapkannya pada hari2 tertentu sahaja. Anda boleh melakukannya pada setiap hari sekiranya anda menpunyai kesempatan. Tips ini nampak mudah bagi anda, tetapi sejauh manakan anda mengetahui bahawa hubungan cinta harus dibina setiap hari? 1 ) Katakan “Aku Teramat Mencintaimu´kerana pasanagan anda memerlukan kata2 ini daripada anda. 2 ) Jangan timbulkan masalah2 kecil, termasuk yang bersangkut paut dengan kebiasaan buruk pasangan anda.Belajarlah menerima si dia seadanya. 3 ) Berfikirlah secara positif daripada memilikirkan sebahagian sikapnya yang mengecewakan anda, ingatlah segala kebaikan yang telah dilakukannya untuk anda. 4 ) Tenangkan diri anda ketika sedang marah. Jangan berbicara dengannaya sejenak hingga anda berdua ada masa untuk merenung kembali akan hal sebenarnya. 5 ) Jangan seseklai menggunakan kelemahan atau rahsia pasanagn anda untuk menyerangnya. Apalagi sengaja memperbesar- besarkan lagi di depan orang lain, baik keluarga ataupun sahabat handai. Biarpun pada anda ianya ialah perkara kecil dan tidak ada apa2 maksud, tetapi mungkin ianya ialah serius bagi pasangan anda. 6 ) Berikan keutamaan untuk pasangan anda. Katakan ” YA” sesering yang boleh, misalnya pergi menonton pertandingan olahraga berdua dengannya. Jika anda boleh menerima, pasangan anda juga akan membalas segala perhatian anda terhadapnya dan hidup akan terasa lebih mudah. 7 ) HARGAI pasangan anda. Jangan memburuk-burukkan pasangan anda kepada orang lain. Tunjukkan rasa cinta dan sayang anda ketika anda membicarakan tentangnya. 8 ) Ciptalah waktu untuk anda berdua sahaja dengannya. Lakukanlah hal yang anda senangi berdua, misalnya pergi makan tengahari atau minum berdua. jika pasangan anda berada jauh daripada anda, cukuplah sekadar menelefonnya hanya untuk mendengar suaranya. Apa yang lebih penting ialah perasaan anda terhadapnya.
sumber : http://ayatcinta.wordpress.com/

Cinta dan Perkawinan

Cinta dan perkahwinan berkait rapat seperti kiambang berpaut. Kalau kiambang dipisahkan mereka pasti berpaut kembali. Cinta dan perkahwinan berkait rapat untuk membina sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya tak kenal maka tak cinta. Jangan jadi alasan untuk mengelaknya. Hmm teringat perihal kata orang orang dulu dulu…nikah dulu baru bercinta. Tapi soalnya zaman sekarang, pendapatnya jauh berbeza. Kita perlu berkenalan dahulu barulah boleh menuju ke gerbang perkahwinan. Bukan apa…. kebanyak suka berahsia.. sudah kahwin mengaku bujang.. tup tup tup…
meletup..Ah. ..dah kahwin..ada ada nak empat?? lagi satu paling mengejutkan. .. Terperanjat beruk terlanggar monyet.. nak jadikan bini no 4. Siapa nak jawap tu??.. bagi yang buta hati dan perasaan ..terus terima… kerana cinta ..tidak pandang masa depan.. bila dah terkena .. sudah terantuk baru nak menadah. Menangis pun tidak berlagu. Bagaimana dia pernah lukakan isterinya.. begitu dia akan lukakan hati anda seterusnya. Ada pula berkata seperti tidak bersalah..Lelaki lebih banyak sekarang ni, tak salah kalau berpoligami dan berkongsi kasih. Oh No! macam satu kerja gila gitu. Apa perasaan anda jika berkata begitu.. lainlah si isteri begitu rela hati datang meminang pada anda untuk dijadikan madu. Seperti ada sebuah novel Madu Pilihan. ada pula tidak kira isteri orang atau suami orang…tunang orang atau matair orang sibuk nak rapat rapatkan diri.. maksudnya… jadikan diri sebagai orang ketiga or best man/women win. Tak baikkan macam itu… hish. Yang sudah berumahtangga jadi hantu nets sibuk cari spare tyre…mula mula kawan lama lama bertukar perasaan… sampai bercerai berai……. …subhanallah apa nak jadi…hargailah rumahtangga anda.. jagalah sebaiknya.. bersyukur apa yang ada.. alam siber ni memang indah indah belaka kalau dah terjadi satu hal.. nanti menangis tidak berlagu…susahkang ……… . 
yang pertama niat hendak berkawan boleh tapi jangan sampai terlampau batas sehingga maruah tergadai
jangan ambil hak orang..suami orang atau isteri orang… jangan sekali kali main api… nanti termakan diri… carilah yang benar benar baik dan single…itupun seribu dalam satu boleh dipercayai. Bagi kaum hawa jangan ingat … lelaki kurang..suami atau tunang atau hak orang kita kebas juga… kasihanilah mereka… Kalau hari ini lelaki itu boleh buat demikian pada pasangan mereka .. nanti terkena pada diri kita.. like karma gitu.
jangan sekali kali mengambil kesempatan yang ada. sehingga sanggup melakukan apa sahaja kerana kepentingan diri sendiri.
sebagai wanita… kita harus menjaga diri dan akhlak kita jangan sampai tercemar. sekali tercemar..sampai mati di sebut.
fikirlah sendiri baik buruknya dalam kehidupan ya.. nak bahagia dunia akhirat….. jadilah wanita mithali.. wanita penghuni surga. banyakkan ilmu dan banyakkan pendekatan padaNya yang satu.. didiklah anak anak menjadi anak yang soleh dan solehah insyaallah mudah mudahan di yaumil masyar tak disoal nanti amin amin amin ya rabbal alamin
Dalam pengertian cinta dan perkahwinan perlulah dianggap perlu dalam kehidupan yang seharusnya kita lalui akan datang. Komunikasi, tolenrasi, saling memahami, saling dihargai, bertukar fikiran dll perlu dalam rumahtangga. Janganlah satu ke timur seorang ke selatan. Saling memerlukan itu penting. Tanpa cinta dan pengorbanan hancurnya sebuah istana. Carilah orang yang boleh menghargai kita sebagai wanita jangan cari yang kaki
pukul dan kaki buli. Nanti teraniaya sepanjang zaman. Carilah yang bertanggungjawap. Jangan kita saja yang bertanggungjawap tapi dia tidak. Kurangkan rasa cemburu, just neutral. Cemburu ada batasannya jangan sampai bunuh bunuh dan sepak terajang. Masalah bukan boleh selesaikan dengan kekasaran. Nanti ada yang masuk hospital dan berkurung dalam rumah gedung batu makan tanggung duduk bercanggung. Akhirkata Hargai cinta anda.. kalau miliki cinta yang terbaik, jangan sekali kali melepaskannya. .nanti menyesal tak sudah.~sarqina~
sumber : http://ayatcinta.wordpress.com/